KEMANAKAH KUCING (HAIWAN PELIHARAAN) KITA SETELAH MATI

Selamat malam buat semua pengunjung, teman teman, saudara mara dan seangkatan dengannya. Posting kali ni aku nak share sikit mengenai kemanakah haiwan peliharaan kita setelah mati. Haiwan peliharaan disini merangkumilah semua haiwan termasuk kucing, arnab, ikan, kura kura dan macam macam lagi.  (Takkan aku nak tulis satu satu -.-"). Aku start bela kucing agak lama and Momo adalah kucing yang aku simpan dalam rumah atau orang panggil "FAMILY CAT".

Yang luar aku bela sangat la banyak, kau bayangkanlah dalam banyak banyak rumah, rumah aku terpilih untuk rawat, tanam, and so on... sampai tempat ibu tanam bunga aku terpaksa korek sebab terlalu banyak kucing serah diri ketika sakaratul maut...Ok ni aku serius, few years back dalam setahun boleh dikatakan banyak kucing mati, sampai satu masa aku da serabut mana nak tanam. Kalau da mati dekat kawasan rumah...kau nak pandang je ke?? tentula tidak, bagi aku jasad mereka juga harus dihormati. So sorry bunda tempat tanam bunga da jadi tanah perkuburan kucing. Hiks!  


Kalau aku mati nanti, aku nak korang tanam aku. Please hormat sikit yer.

Back to our main point...

Nabi Muhammad S.A.W pernah berpesan supaya berkasih sayanglah kucing peliharaan seperti menyayangi keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius kalau kita lihat negara luar, mereka mengenakan hukuman yang berat bagi mereka yang menyakiti, atau  menyeksa haiwan termasuklah penjara dan hukuman wang ringgit. Cumanya di Malaysia, benda ni tidak dipandang begitu serius maka ianya sudah sebati dalam masyarakat kita. "WHO CARES KAN???" KUCING JE...... Kalau kau pergi buat report polis sekalipon terkekek kekek diorang gelak sebab kau buat report pasal kucing kena dera. Aku ada terbaca akta yang mana di Malaysia pesalah yang ditangkap sebab menzalimi binatang kena denda sebanyak RM 200 je....well hello??? 200 tu tak cukup nak ajar diorang apa itu erti penyesalan...huh!!. #broemo

Gelak la banyak banyak.

Rasulullah pernah bersabda:

"Seorang wanita ada yang masuk neraka karena seekor kucing yang ia ikat. Ia tidak memberinya makan, tidak juga melepaskannya untuk mencari makanan." [Shahih Bukhari, 3071]

"Ketika seekor anjing yang hampir mati kehausan tengah mengelilingi sebuah sumur, seorang pelacur dari Bani Isra'il melihatnya, lalu ia mengambil air dengan sepatunya dan memberinya air. Semua dosanya diampuni karena perbuatannya itu." [Shahih Bukhari, 3208]

Pernah tak you guys terpikir sejenak....apakah yang terjadi kepada haiwan-haiwan pada Hari Akhirat nanti?  Adakah akan masuk ke Syurga atau Neraka?  Atau bagaimana? 

Berikut ini jawapannya:

“Semua makhluk akan dikumpulkan di hari Kiamat termasuklah binatang, burung dan yang lain2. Keadilan Allah yang amat sempurna di mana kambing yang tidak bertanduk akan menerima pampasan / ganjaran dari kambing yang bertanduk.  Allah akan mengarahkan mereka : ‘Jadilah debu!’. Maka berkatalah orang kafir : ‘Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan) ‘(Surah al-Naba’ : 40]. Ini telah diriwayatkan di dalam Hadith Nabi (secara Marfu’) di dalam hadith tiupan sangka-kala”

[Ahmad Syakir. Umdah al-Tafsir ‘an al-Hafiz Ibn Kathir, 1/772, Dar al-Wafaa’, 2003].

Ya, mereka menjadi debu.  Tidak ke Syurga dan tidak ke Neraka. 

Membaca jawapan di atas bisa membuatkan kita berasa insaf dalam banyak aspek.  Dalam tulisan ini, aku ingin menyentuh satu aspek yang terngiang-ngiang di fikiran aku beberapa hari ini.  Iaitu tujuan apa haiwan-haiwan ini dicipta oleh ALLAH Ta`ala?

Sudah tentunya ada manfaat secara langsung atau tidak langsung kepada alam dan manusia.  Khususnya untuk manusia sebagai khalifah di bumi ini.  Tidak mungkin sia-sia ALLAH jadikan haiwan dan segalanya.

ربنا ما خلقت هذا باطلا

“Tuhan kami, tidaklah ENGKAU jadikan semua ini sia-sia.”

"kita masuk neraka ke syurga yer nanti??"

Cuba kau tengok kucing ni, apakah pengakhirannya??  adakah ia ke syurga atau neraka?? adakah ia senasib dengan manusia?. Sudah tentu nasibnya tidak sama dengan manusia. Kucing ini pada Hari Akhirat nanti akan menjadi debu.  Terhenti setakat itu.  Tidak masuk ke Syurga dan tidak pula ke Neraka.

Pada seekor kucing yang kita temui di jalanan atau yang kita pelihara ada ujian ALLAH untuk kita.  Samada kita berbuat baik atau zalim dengannya, semuanya akan dicatit.  Dengan menyedari bahawa ia suatu ujian, maka lakukanlah kebaikan kepadanya.  Antara yang baik boleh kita lakukan ialah:

Menyantuninya.
Memberinya makan atau minum.
Menyediakan tempat tinggal.
Mengubatinya jika ia sakit.
Menolongnya jika ia terjatuh atau tersekat.
Menemukan dia dengan rakan-rakan atau ahli keluarganya.
Dan sebagainya.
Itu semua bisa memberatkan catitan amal pahala kita.  Seterusnya dapat mendekatkan kita kepada redha ALLAH Ta`ala dan SyurgaNYA.

Janganlah pula kucing tersebut menyebabkan kita menambah dosa dengan menyepaknya, dengan mengherdiknya, dengan menipunya, dengan menderanya dan lain-lain yang bisa menyakiti hati dan tubuhnya. 

So para pembaca sekalian, janganlah kau merungut saat kau diuji, jangan takot kehabisan wang ringgit jika membantu, janganlah kau gusar dan jangan kau takut selagi kau ikhlas, dan berada di jalan yang Allah redhai. Kadang kadang dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Orang lain disini bermaksud semua mahluk Allah termasuklah binatang. Tak miskin la setakat sedekah wet food dekat stray.

Tu jela yang aku nak kongsi dekat you guys semoga bermanfaat. Hidup ni simple je kalau tak mampu nak buat baik, janganlah kau buat jahat.....Dah la tak bagi makan kau sepak sepak pulak kucing tu yer...hamboiiiii!!!. To cat lovers out there...cium sikit kucing kucing korang muahhhhx!!!!

NOOOOOOOOOOOOOO!!!!!! 


Comments

  1. Replies
    1. Baru jak aku kematian anak kucing,besok mau tanam,maksudnya siang nnti,setengah jam lalu aku ternampak kucing pacikku yg aku anggap macam kucingku suda selalu kasih makan,pangku ,elus2,sayang2 dia tadi sambil tengok tv3 master apa lupa suda,ada c bambam,,eh di serbu anjing,di tarik mcm mau gila aku berteriak,mati kesian dia,tidak tahan di tarik2 anjing depan mataku,aku sempat lemparkan botol spray yg ada di bilikku,time tu aku tertengok dia di tingkap bilik...apa la nasibku ni ari,aku nangis sampai mengucappun lidahku keras suda

      Delete
    2. Kucing aku pon baru mati kena gigit anjing 😪

      Delete
  2. Bmanfaat... thanks! Stray cat yg sy baru jaga baru mati pg td 😭

    ReplyDelete
  3. sy sgt sygkan kucing .... tapi syg ... kucing sy mati .. terkena jangkitan FiP..... penyakit FiP sangat bahaya pada kucing.... ia boleh buat kucing anda hilang selera makan... jika lebih 3 hari kucing anda tidak makan.. ia akan menyebab kucing anda diserang sakit lumpuh dan kemudian akan mati..... 😭😭 jika anda semua ada pertanyaan tentang FiP .. boleh wasap sy 01128065526..... sy sedia bantu anda . dan sy cuba bagi info..

    hargai ibu bapa anda dan kucing

    kerana kehilangan nyawa mereka

    pasti rasa penyesalan dan rindu yg tiada penghujung 😭😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah😭😭 kucing saya baru je takde semalam...sedih sangat ii sebab dia ada sakit FIP jugak😢 rindu diaaaa, macam rapuh je hati ni bila dia takde sebabnya setiap pagi kami akan bagi makan sebelum start kelas online😭rasaberat je hati ni nk lepaskan dia😭 minggu depan exam dan perkara macam ni ganggu emosi saya untk study😭

      Delete
    2. Kucing aunty, Snowy, baru saja neninggal. FIP. Kalaulah aunty terbaca msg Adi awal, aunty dah whsp Adi dah. Habis beribu ringgit. tapi Allah pinjamkan Snowy hanya 4 tahun. Dah kering airmata. Allahuakbar.

      Delete
  4. Kita bole jumpa balik tak Ngan kucing tu di akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bos. Cuma kena dapatkan syurga yg banyak liku ujian kehidupan

      Delete
  5. Berkenaan hadis yang jiran boleh buang kucing jika buang najis...bagi saya najis saja pun..tak payah jengkel sangat..berak diatas tanah kambus saja lah..bila kita buang kucing tanpa pengetahuan tuan dia sebenarnya dah berdosa situ..tak kan kita nak buang kucing tu sedih la tuan dia nanti..maaf salah cakap...adalah jiran aku tu..kucing aku selalu pergi rumah dia..agaknya dia selalu bagi makan sedap mungkin akhirnya kucing aku selalu lepak sana ada ka dia pergi buang...b@#£h betul...nasihat aku jika kucing datang rumah kamu tak usah kasi makan..lain lah dia memang keadaan sakit ka..kau nak kasi makan lepas tu kau buang pula..nasib tak kena maki saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macammane boleh kucing kita sampai ke rumah jiran? Jangan lepas tangan tuan. Jaga kucing kita sebaiknya krn itu amanah kita. Jagalah hubungan kemanusiaan dan adab berjiran. Jgn fikir diri kita. Kita pun tidak tahu akan latar belakang kesihatan jiran kita.. Adakah beliau alah pada haiwan, adakah beliau tidak selesa dgn haiwan. Pendek kata.. Jaga haiwan peliharaan kita krn kita juga dipertanggungjawabkan sekiranya ada apa2 berlaku terhadap tanggungan kita

      Delete
    2. Sebenarnya kucing ni amanah Allah pd kita.bahkan semua binatang..kita jaga sebaik mungkin..tapi mengikut fitrah..kucing memang buang najis atas tanah..kdg kdg kita terlepas pandang..bukan saja saja nak sakitkan hati jiran..n pada org yg kucing p buang najiskat rumahnya tu.mudah mudahan dia sabarla..kerana itupun ujian Allah jugak pdnya.tahu tak..membersihkan najis kucing pun ade ganjaran pahala..ia juga memudahkan Allah mengampunkan dosa dosa kita yg ibarat karat pd besi yg payah nak tanggal.kita kena ingat dunia ni bukan utk manusia saja..Allah pun ade firman...langit pasti mengeras..merah seperti besi kerana Allah tidak akan menurunkan hujan walau setitik kecuali kerana 4 perkara yakni..kerana org tua..haiwan..kanak kanak dan tumbuhan..jadi kita ni sebenarnya menumpang berkat haiwan yang ade di mukabumi..

      Delete
  6. Baru ja kehilangan kucing kemarin. Lagi dua hari birthday dia, dia dah pergi tinggalkan sy utk selamanya. Sedihnyaa, Allah ja yg tau. Rindu Milo 💔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu..dan rasa sesal tak sudah...oyen saya mati..akibat batu karang

      Delete
  7. Baru kematian kucing semalam 12/6/2021. Rest in piece Aki 😢

    ReplyDelete
  8. Thx sbb sharing
    Aku cari tau sbb kucing yg aku syg dah mati depan mata aku sndiri😭😭😭😭🙏

    Semoga dpt lah jumpa ngan kucing aku tu kat akhirat nnti😭😭😭😭🙏

    ReplyDelete
  9. Kucing kesayangan anak perempuan saya telah mati dilanggar oleh pemandu kereta yang leka bermain handphone semasa memandu. Kesihan anak saya melihat kucingnya mati dalam keadaan berlumuran darah.
    Pemandu kereta tu, terus memghilangkan diri

    ReplyDelete
  10. Baru jumpa kucing kesayangan(kontot) pagi ni. Tapi dah mati. Sehari dua ni dari pagi sampai malam pangil2 tak datang. Cari tempat dia selalu main pon tak ada. Kita husnuzon kucing tak mati mungkin dia pergi cari awek. Jadi kita tak cari dia dekat pokok2 belakamg rumah. Malam tadi luah perasaan dekat mak si kontot. Sambil tu suruh dia ajak kontot balik kalau jumpa. Sedar tak sedar air mata laju turun. Mak si kontot miaw miaw je.. dia paham ke ek? Hari ni mak suruh cari dkt kawasan semak2 belakang rumah. Nampak mak kontot tengh duduk satu tempat. Dia miaw miaw tapi kita tak paham. Tengah pusing2 sekali terjumpa. Patahnya hati ni. Tak dapat tahan sebak. Terus masuk rumah dok bilik. Keep salahkan diri sendiri lambat tolong. Mak yg uruskan kebumikan dia. Mak cakap mungkin termakan racun. Racun dari mana tak tahu.. semoga dapat jumpa lagi dekat sana nanti. Kakak rindu sangat

    ReplyDelete
  11. Saya baru kehilangan kucing kesayangan keluarga Agindo namanya pada 7/7/2021 akibat terkena jangkitan virus parvo..Virus yg sangat bahaya bagi kucing...dlm tempoh 3 hari ia attack sistem badan kucing saya. Agindo tidak dpt diselamatkan walaupun sudah bawa berjumpa Dr vet😭

    ReplyDelete
  12. kucing sy lily baru mati smlm..selama ini sy yg mandikan,bersihkan dia.syg dia mcm anak,sbb dr kecik dah jaga..tp sy rasa bersalah sbb sy dia mati..sy tak perasan masa auto gate tutup,dia keluar dan tersepit ..rasa bersalah sgt..sy tak sengaja..sy,isteri dan anak2 rindu dan sntisa terbayangkan dia.. maafkan papa lily ..semoga kita smua dpt jumpa di syurga Allah nanti..

    ReplyDelete
  13. Saya baru kematian kucing kesayangan saya kemarin, jumaat 16.7.21, disebabkan adik saya tidak sengaja masa hendak turun kerja, kucing saya (jojo) terkena tayar kereta nya dan mati di saat itu juga, sedihnya hanya Allah saja yg tahu.Terima kasih Allah kerana telah meminjamkan jojo selama 5 tahun dan semoga aku akan bertemu jojo di Syurga nanti, Aamiin³, yarabbalalamin...Al-fatihah utk jojo.

    ReplyDelete
  14. 17 julai 2021 jumpa di syurga mocha sayang😭😭😭

    ReplyDelete
  15. Pak hitam mati hari ini, pukul 12 tgahri 20/07/21. Diserang parvo ketika dalam proses rehab. Mggu lepas kna langgar/pijak, patah rahang darah bercucuran, semalaman x balik, lepas subuh keluar rumah nmpak mulut nya penuh darah beku T.T. Cuci dan bwk pegi vet, operate smbung kan tulang rahang. Lepas 3 hari dia ceria, dah bole makan, satu hari tu letakkan dia dalam bilik aircond, esk nya dmam doktor sahkan parvo. X nak makan minum berak cair. Semalam admit k vet balik harap dia boleh survive pagi ni dapat berita dr doktor dia nazak. Maafkan kami, dh cuba buat yg terbaik utk pak itam. Selamat jalan pak itam. Ayah sy paling terkesan krna kucing sgt rapat dengan dia. Stiap kali balik mesti naik ats kereta ayah bermanja dgn dia.Harap kami semua dapat jmpa balik pak itam dsana nnti. Terima kasih ya Allah atas pnjaman. Ter sangat bhgia dn geli hati kami dgn nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang parvo payah di rawat.tapi dulu ..dgn izin Allah.sekor kucing kami kena parvo selain dari bawak vet..kami bagi dia air kelapa muda sebanyakk mungkin..paksa minum pakai syringe.kami bagi dua tiga syringe setiap beberapa jam.

      Delete
  16. Saya Ada kutip satu kucing ni kt belakang rmh org tapi Takde sape Bela,jadi Saya ambik je la...esok nya ok je dia sihat je...tapi keesokannya pulak kucing Saya Ada demam tahap kritikal...lepas tu bila Saya bangun je dari tidur dlm pukul 3:30 pagi kucing Saya dah mati di tepi tempat mkn minum dia...Saya punya lah nangis sangat2...walaupun Saya Bela dia 3 Hari je,tapi Saya dh syg dia sgt2...

    ReplyDelete
  17. I do have several cats behind my house. Dorang bukanlah bawah jagaan kitorang tapi disebabkan kitorang kesian tengok (takde org lain yang sanggup nk bagi mkn or minum kat taman aku), so akulah yg beli mknan kucing and feed them. So yesterday one of the cats (i call him grey) mcm so confused and depressed. Letak makanan, tapi tak nak mkn. Minum air pun sikit je. Then yesterday was abit severe so aku bawak masuk grey dalam rumah and suap dia daging tin+susu guna syringe. Aku tak lepaskan dia kat luar sbb hujan and aku risau kalau lepas kat luar, confirm takkan selamat. Dia boleh mkn tapi nampak badan dia memang lemah and nafas pun laju semacam. Nak bawak gi vet tapi vet pulak takde. So kitorang no choice, dgn harapan grey akan bangkit balik, kitorang pun teruskan bagi makanan and minum, jaga dia, bersihkan dia and etc. Tapi tadi after aku settle kerja apa semua, tengok tengok dia dah meninggal. Mmg air mata bergenang sbb aku ingat dia ada harapan nk hidup. I'm so sorry grey sbb tak jaga betul2. Actually I'm an Indian, so aku and mak aku kebumikan(tanam) grey dekat depan rumah (garden) tadi. Sumpah aku rindu gile kat grey. Nk buat macam mana, hidup mati di tangan Tuhan. So aku nak mintak jasa budi baik korang yang baca, kalau korang ada nampak kucing, anjing, burung ke apa kat jalanan, jgn lah abaikan dorang. At least letaklah air dlm bekas, bolehlah dorang singgah dan minum. Kita semua menumpang kat muka bumi, so tak salah juga kongsi rezeki dgn haiwan (tak semestinya bantu sesama manusia shj). kalau boleh, belikan makanan utk dorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul..tak kisah kucing atau anjing semua Tuhan cipta.semua yg terjadi di rancang Tuhan..bukan saja saja.sekarang ramai org macam alim..tapi benci binatng.tak fahamla kenapa...kalau kita tak.kesian kat binatang macam mana Tuhan nak kesian kat kita??

      Delete
    2. Saya pun baru kehilangan beberapa ekor kucing. Rasa sedih sangat, apa lg bila ter ingat2 tak sedar saya menangis. Rasa menyesal sbb lepaskn kucing2 saya kluar jalan2 kat kwsan rumah jiran2.. Kucing saya mati mcm terkena racun...

      Delete
  18. Kucing kesayangan saya Olly baru je mati semalam 27/07/2021 selepas mahgrib. Dia mmg ada sakit batu karang, tapi dah bagi makan ubat and bawak pergi vet then dia okayy. Cuma 2 3 hari yang lepas dia mula sakit balik and susah nak buang air kecil, saya rasa dia stress sbb tak boleh nak membuang. Before this, dia kucing yg aktif, penyayang and jarang nak bergaduh. Tapi lately ni dia suka bergaduh dgn kucing yang lain. Sehari sebelum mati, dia selalu menyorok, duduk dlm longkang laa and tak nak balik rumah. Rupanya, dia tau yg dia dah nak mati. Kucing kalau dia tahu yg ajalnya nak sampai dia akan menyorok, sbb taknak mati depan kawan2nya dan di rumah. Saya tak tau pun, saya tak sedar yg dia akan pergi. Saya ingat dia cuma sakit dan tak selesa sbb tu laa menyorok. Semalam keadaan dia mmg dah teruk, dia tak makan lgsg tak minum and dia muntah buih putih 2kali. Petang tu saya nak berikan dia air kelapa, tapi tiga kedai yg saya pergi semua kelapa habis. Time mahgrib tu mmg dia dah nazak and tak boleh bergerak. Kemudian lepas mahgrib dia pun pergi. Semoga kita dapat berjumpa lagi Olly.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la dgn sy😭😭 kucing sy Megat mati smlm , kucing yg gemok comel 7kilo...da 4 tahun bela😭😭 Slalu jgk dia sakitbatu karang +kencing x lawas+ sembelit tp terawat,cuma kali nie cpt sgt dia pergi sblm sempt sy paksa mkn minum pkai syringe 😭😭😭 sy depress sgt2 😭😭rinduuu sgt2 😭😭 sy rs bersalah sgt 😭😭😭 alhamdulilahh sy dah complete bg dia vaksin 3 kali tu dan vaksin tahuna ...dah mandulkn jgk dulu...😭😭😭😭dia da mcm ank sendiri ,bila dukung diriba serupa dgn baby 7 bln besarnyer 😭😭😭 ya Allah berat sungguh rs sedih niee 😭😭😭

      Delete
    2. Semoga Allah SWT izinkn sy hidup bersama dgn Megat di Syurga yg kekal abadi nnti...doakn yer aminnn yarabbalaminn 😭😭😭😭

      Delete
  19. dalam kenangan juga.. 3.29am.. 16/8/21..
    #parvovirus..
    sy ada masa2 terakhir dia.. selamat berehat ya.. GIRL..

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Baru subuh tadi Neyney tinggalkan saya.. Dalam keadaan sarat bunting.. Semoga Neyney tenang di sana. Amin.. 😭

    ReplyDelete
  23. Yg bela Kuching sebaiknya pergi vaksin.
    Sy kehilangan dua ekor di sebabkan hawar Kuching. Sedihnya sebab kami jaga mcm jaga baby..sempat 6 bulan sj..Semoga ketemu nanti di syurga

    ReplyDelete
  24. Kucing kesayangan saya dan Isteri, pergi hari ini secara mengejut. Jumpa di porch mungkin dilanggar. Anak terakhir kucing kami, Kokem. Kokem dah terlalu tua. Dah nyanyuk dan x boleh jaga kitten lagi dah. Chiki mmg win sbb keletahnya, fluffy dan ada karakter manja yg unik. Allah pinjamkan Chiki cuma beberapa bulan. Ya, itulah lumrah. Ketemu lagi dengan izinNya...

    ReplyDelete
  25. kucing saya mati malam tadi. sumpah sedih sangat. saayang sangat kat dia, rindu sangat2. keje asyik nak nangis je ingat dia. seba banyak2 kucing dia paling manja ngan saya. rasa kehilangan dia perit sangat2. taktau nak move on macam mana. semoga saya ditempatkan di syurga dan dapatjumpa dengan kucing saya semula. aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya org yg mengalaminye terasa perit kematian kucing kesayangan.. Bg mereka yg x mengalami mengganggap perkara biasa je.. Sakit sgt terasa bile kucing yg kite sayang pergi tinggalkan kite..

      Delete
  26. Kucing saya anyao hari ini X pulang. X tau pergi mana. Selalunya kalau saya panggil dia akan datang. Sedih sangat ni.

    ReplyDelete
  27. Kucing sya, tepat 1/12/2021.... kena gigit dengan anjing.. sedih, kemanalah roh kucing pergi sementara belum kiamat ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun x dpt cari jawapan tu lg...sblm kiamat ni dimn roh kucing2 kita berada ...

      Delete
  28. Samala..sy pon kematian si comel nama puteh 1/12 /2021..pukul 3 pagi nafas dia dh kt kerongkong..sy pon xtahu nk move on mcm mna..2 hari jgk xmkn nasi sbb tringt dia..xsangka pyakit parvo ni sepantas kilat ragut nyawa dia..doa moga kita brjumpa d syurga nnt ye puteh..sayanggggggggggggggggg sgt kt puteh

    ReplyDelete
  29. Baru kematian kucing ksayangan(baby)..sdih sgt..nk kje pn xfokus dh .😢

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum dn salam sejahtera, ckap pasal kucing ni, kucing sy baru je satu jam lepas mati dah 2 hari nampak die mcm xde selera mkn kenape tak tahu, tngh elok2 main2 pagi td tibe2 je td mati.. die dah la cerdik suke naik motorbmotor nsn klu prgi taman mainan die tentu naikb buai. Kadang tu rasa malas nk plihara kucing cukup sekadar bg mkn n buat ape yg sepatutnye je.. Sy skluarga klu plihara kucing mkn minum tido pun kami kongsi, sy anggP mcm ank sendiri... Tp 1 jam lepas putih dah mati sy brharap semua kucing yg pnah sy pelihara suka selesa dan harap2 waktu sy plihara kucing dari dulu smpai sekarang itu x menambah dosa sy sekeluarga pada allah..

    ReplyDelete
  31. Saya ada seekor kucing maincoon usia 13 tahun. Kucing tu kakak saya. Dia kerja di sabah. So kucing tu tinggal dengan saya & mak saya.
    Sepanjang 6 tahun dengan dia mmg hadap muka dia je la.
    Balik kerja dia sambut
    Masuk rumah dia duduk dgn kita
    Mengikut dari depan smpai ke blkg
    Tapi sekitar disember 2020 mak saya decide nak balik kg sebab kakak saya dapat posting kat Semenanjung.
    Tapi urusan pindah tertangguh sebab PkP. So tahun disember 2021 ni proceed pindah. Kakak & mak saya dah bawa balik maincoon tu 22/12/2021
    Saya stay di rumah lama utk mengurus & lori dtg pada 24/12/2021.
    Pada tarikh yang sama 24/12/2021 saya pun mengikut lori balik ke kg. Sampai di kg saya tgk kucing saya jadi lain mcm. Kakak saya kata dia x nak makan. Tapi waktu tu saya bermain dengan dia mcm biasa. Tapi saya di kg x lama . Sehari lepas tu saya balik Shah alam ( saya sewa di shah alam)
    Tiba2 29hb/12/2021 kakak saya call pukul 1 pagi kata kucing tu dah mati.
    Tapi pukul 4 pagi dia idop balik. badan dia lemah giler.
    Saya rasa x sedap hati. 30hb/12/2021 saya start enjin moto dari shah alam balik ke kampung.
    Bila dah sampai saya tgk badan dia lemah sangat. Dia terbaring mata terbukak tak berkelip. Kakak saya kata semenjak pindah 22/12/2021 tu dia dah x makan dan x minum.
    31/12/2021 saya bawak kucing utk di periksa tapi yang memeriksa tu cakap kucing tu dah nazak. Suhu dah 33.1
    Saya tak puas hati.
    1/1/2022 . Saya cari klinik haiwan yg di buka. Mmg ada. Tapi kena buat appoiment. Tiba tiba kucing saya yg tgh nazak tu nadi dia makin melemah. Pastu slow slow badan dia sejuk. Pastu dengan jelas saya nampak dia tercunggap2 di saat akhir. Sama mcm cara manusia mati.
    Tepat pukul 3 petang.
    Kucing saya pun pergi mati

    Saya teringat lirik
    arwah sudirman pelangi petang
    Yang buat saya menitis air mata
    " kau tiba bagaikan pelangi
    Tak bercahaya namun kau berseri
    Tapi cukup menghiburkan hati ini.
    Seharian waktu bersamamu
    Tak terasa saat yang berlalu.
    Bagaikan pelangi petang
    Menerangi kau pergi jua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Da masuk 20 Hari my sweetpie pergi tidk Akan kembali ke pangkuan saya.kematianya akibat sakit diabetes da sangat critical.sedih terus ke hingga ke Hari ni..menagis setiap Hari syg sangat tambah Pula rindu tk dpt Nk bayangkan Rasa hati berkecai..semoga saya kuat doakan saya yea kwn2 agar saya redha dgn ketentuan allah.utk my sweetpie ibu syg sangat insyallah Kita Akan bertemu kembali syg syg Ada pada sweetpie simpan yea syg . terimakasih Audi singgah dlm hidup ibu..love u my sweetpie😭

      Delete
    2. Anak kucing aku mati sebab Kene langgar Ngan kete, dia ok je lepas tu.aku pon tidor pastu bile aku bangun tau2 abang aku Kate anak kucing aku meninggal. Aku nangis Ngan sedih 5 hari. Sebenarnya anak kucing tu Ade 4 tapi tinggal 1. 1 mati lepas baru lahir 1 Kene langgar satu lagi hilang sedih aku

      Delete
  32. Aku tak tahu nak kemana...cuma nak share dkt sini stray cat Aku mati ...bila teringat je menangis..sbb dia baik sgttt..tak notyy😭😭😭😭

    ReplyDelete
  33. Saya pun baru 5 hari kepergian kucing Sya sampai hari ni kesedihan tu masih xdapat di control itu yang Sya search nak tau kucing kita kemana bila mereka dah meninggal Sya harap berjumpa lagi suatu masa nanti Sya terlampau sayang kan kucing 😭😭 bila teringat Sya rasa xboleh terima kucing Sya hanya sakit 2 hari ke 2 hari meninggal dekat klinik

    ReplyDelete
  34. Allah bg pinjam hanya 2 tahun..pergi dah tak kembali..br jumpa ptg td mati dah byk hari..semoga diketemukan semula di akhirat nnt jika Allah izinkan..rindu tiada penghujung

    ReplyDelete
  35. Ya allah..saya minta ampun sama allah. Jikalah saya dzalim selama merawat kucing saya. She just passed away jumat last week. Saya patah hati dan rindu. 14tahun bersama nya. Bermain seek and hiding her hobby.1bulan dia sakit. Saya rawat di rumah dengan cinta. Bagi ubat dan food.she soo weak but she was happy.until saya harus travel 2hari overseas i put her di clinic..i know dia rindu saya dia stress..,dia meninggal sebelum saya back to the city. Saya jemput body nya.menangis menjerit perih. 14years bersama. Saya kubur di yard rumah.hari hari after subuh saya ziarah kuburnya. Letak flower. Tanam rose. Saya bercakap cakap macam dia seakan akan masih hidup. Mami miss you billiejean.insyaallah kita jumpa di surga kelak. Semoga billiejean boleh jadi saksi yang baik baik bagi mami di yaumul hisab .

    ReplyDelete
  36. Kucing saya baru aje mati kemarin lepas subuh. Last saya bagi makan malam sebelum dia mati. Masa tu penat sangat lepas keja jadi memang takda mood. Mama suruh bagi makan Kalbu (my cat's nme) tapi saya cakap kejap sebab saya pun lapar. Kucing saya memang dah lama sakit tak sampa sebulan pun kami bersama. Saya paling rapat dengan kucing saya ni. Asal tidur memang saya akan bawa dia tidur sebelah. Jadi bila dia mati d sebelah saya tu rasa macam terkilan. Ada kaa sebab saya lambat bagi makan. Tapi before that jam 1 pagi tu mama bawa dia membuang air besar sebab dah lama dia x membuang. Mama ada cakap najis dia berdarah. After that mama suruh saya bawa ke tempat tidur saya. Time tu saya sangat mengantuk jadi saya tidur membelakang dia. Kalau saya tay tu last time saya dapat tengok muka dia saya akan limpang menghadap dia. Saya akan bagi makan awal. Setiap malam dia selalu pandang saya dengan mata bulat dia. Sya selalu mengiau dengan dia sebab kucing saya ni trauma so hilang suara dia. Kalau dapat putar masa balik saya nak jaga dia betul². Biar laa habis duit saya just nak beli makanan dan barang keperlun dia asal saya dapat tengok dia membesar. Masuk ni umur dia dah 2 bulan. Hope dia dapat jumpa arwah abah saya kat sana🥺

    ReplyDelete
  37. Selepas mati, sebelum hari kiamat, di mana kedudukan roh mereka?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts