AMALAN ORANG HIDUP DIPERTONTONKAN KEPADA YANG SUDAH MATI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca pembaca yang dihormati sekalian. Post kali ni aku nak kongsi sikit mengenai satu ilmu. Post ini juga peringatan buat semua termasuklah diri ini sendiri. Walau kita tak baik mana sekalipun, tidak menjadi masalah as a muslim nak memperingati antara satu sama lain kan….ceewahhh… Orait, so aku nak cerita sikit mengenai alam barzakh, alam kubur. 

Sewaktu di alam barzakah…, adakah hilang connection antara yang hidup atau yang mati?? Adakah si mati tidak tau perbuatan anak anaknya sewaktu di alam barzakh? Of course ada connection….pertalian itu tidak akan putus lagi lagi hubungan antara ibu ayah dan anak anaknya.  (KUAT BROO!!)

Sabda Nabi Muhammad S.A.W
“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”….



So let’s get started………

Alam barzakh merupakan suatu alam yang kita pasti akan jejak dan sampai ke sana. Setiap kehidupan di alam barzakh adalah berbeza mengikut amalan dan kehidupan mereka semasa hidup di dunia. Sekiranya baik amal kita semasa hidup, InsyaAllah akan baik jugalah kehidupan kita di alam barzakh. Sebaliknya, jika buruk amal kita semasa hidup di dunia, berjaga jagalah! Dibimbangi kecelakaan dan kekejian  yang menunggu kita di akhirat nanti.

Apabila ditanya orang, ada atau tidak perhubungan antara orang yang masih hidup dan orang yang sudah mati, kadang kadang persolan begini timbul setelah kita memikirkan bagaimana hal keadaan orang yang sudah meninggal dunia? Hal ini menyebabkan kita tertanya tanya, bagaimana pula perihal seseorang di akhirat nanti? Adakah ditunjukkan amalan kita yang masih hidup ini kepada orang yang sudah mati? Bilakah waktunya amalan kita itu dipamerkan kepada para arwah?

Antara hubungan yang besar ialah hubungan antara anak dan si ayah, atau anak dan si ibu. Atau sebuah keluarga. Semuanya itu akan dipamerkan amalan yang dilakukan oleh mereka kepada orang yang sudah meninggal dunia. Setiap hari Jumaat, akan dipamerkan amalan yang telah kita lakukan ini kepada para arwah, sama ada arwah ayah, ibu, atau anak kita.

Sekalipun tidak malu kepada Allah S.W.T ketika melakukan maksiat, malulah kepada orang yang sudah meninggal dunia dalam kalangan keluarga kamu. Kerana amal burukmu itu dipertontonkan kepada arwah. Ketika anak anak yang masih hidup tidak menunaikan solat, adakah ibu bapa mereka mengetahui? Ya…Para arwah tahu, kerana mereka akan dipertontonkan dengan amal anak anak mereka yang masih hidup.

Adik beradik yang bertelingkah kerana berebut harta pusaka, adakah arwah ibu bapa tahu  pertelingkahan mereka itu? Ya…mereka juga tahu kerana arwah ibu bapa akan dipertontonkan pertelingkahan anak anak mereka. Allah S.W.T pertontonkan kepada para arwah, akan amal perbuatan orang yang masih hidup.


Oleh sebab yang demikan, sesiapa yang sayangkan arwah ibu bapanya perlu lah menjaga amalan ketika hidup.

Wallahualam...............


Comments

Popular Posts